KENAPA SKIN CARE NK DALAM BENTUK CECAIR (LIQUID), BUKAN KRIM?

Bagi pengguna produk skin care yang sudah terbiasa dengan krim-krim, pasti akan terasa janggal memakai skin care Age Reverse NK yang berbentuk seperti air.

.

Mesti ada yang tertanya-tanya, berkesankah Age Reverse ini? Bolehkan produk berbentuk cecair ini memberi kesan seperti yang diwar-warkan.

.

Ramai yang tahu, Age Reverse adalah produk terkini yang merupakan formulasi terbaik hasil R&D kami. Setiap aspek diteliti, dan keputusan untuk memilih bahan apa, cecair atau krim, bagaimana penggunaan, adalah berdasarkan kajian terperinci, bukan mengikut kebiasaan dan formulasi jenama lain.

.

Kami menggunakan formulasi original yang tidak ditiru dari mana-mana. Kami memperkenalkan produk yang lebih mudah digunakan, berkesan, selamat dan tidak memerlukan banyak rutin.

.

Berikut adalah sebab mengapa kami memilih formulasi bentuk cecair untuk produk Age Reverse:

1. Kebanyakan bahan aktif seperti fenol, mineral, vitamin dan sakarida adalah bersifat larut air (water soluble). Oleh itu, produk skin care yang berasaskan air (water based) memberikan penyerapan aktif yang lebih baik ke dalam kulit.

2. Berdasarkan kajian kami, kulit orang Asia lebih kepada berminyak atau bersifat kombinasi. Maka produk water based memberi efek kurang berminyak seterusnya membantu mengurangkan penghasilan sebum yang boleh menyebabkan kulit mudah berjerawat dan pore tersumbat.

3. Dengan menggunakan formulasi cecair, lebih mudah untuk menggabungkan fungsi cleanser + toner + moisturiser. Ini adalah sebab kenapa produk berbentuk krim memerlukan banyak step dan rutin kerana ia tidak boleh digabungkan.

4. NK menggunakan teknologi nano-misel yang memang perlu dalam keadaan cecair transparent. Jika kami membuat formulasi dalam bentuk krim, maka teknologi ini tidak boleh digunakan. Teknologi ini melibatkan saiz molekul yang paling halus berbanding sistem yang lain. Meskipun NK akan kelihatan ‘berbeza’ berbanding produk terkenal yang berbentuk krim, tetapi keberkesanan NK adalah lebih tinggi kerana penyerapan bahan aktif yang lebih baik.

.

Memang agak besar cabaran yang kami perlu hadapi apabila mengeluarkan produk yang seolah-olah bertentangan dengan norma biasa produk skin care. Sudahlah bentuk cecair, satu botol sudah merangkumi semuanya cleanser, toner dan moisturiser pula (kecuali yang ingin extra moisturiser, boleh guna Energy Mist).

.

Inilah hasil penyelidikan dan ilmu yang kami perolehi sepanjang membuat kajian intensif sejak hampir 10 tahun. Memang tidak sama seperti orang lain, tapi mengapa perlu sama, jika kami telah membuktikan bahawa produk Age Reverse ini amat berkesan dan telah membantu ramai orang dalam menyelesaikan masalah kulit mereka ❤️. Terima kasih kepada semua yang mempercayai Age Reverse dan NK😊🤗.

Talk bersama Dr Siti Hamidah
Bersama Pengasas Naturel Kiss di Webinar Pemerkasaan Wanita Negeri Johor 2021
FB LIVE BERSAMA PENGGUNA SETIA NK AGE-REVERSE CLEANSER
6 BUAH-BUAHAN YANG MEMBERI KEBAIKAN KEPADA KULIT WAJAH
5 LANGKAH MEMBINA ASAS PENJAGAAN KULIT
CARA MENGGUNAKAN NK-AGE REVERSE CLEANSER
BASIC ANTI-AGING COMBO
SEMUA PRODUK CLAIM BOLEH HILANGKAN JERAGAT. BAGAIMANA PILIH YANG TERBAIK?
Tahukah anda mengapa bedak kami dipanggil sebagai Two-Way Cake?🧐
APA ITU NON TOXIC LIPSTIK?
KEPENTINGAN SUNSCREEN, AWAS! SINARAN UV TERHADAP KULIT
KEBAIKKAN MENGGUNAKAN LIP SCRUB NATUREL KISS
(COVID-19 SKINCARE) PAKAI PELITUP MUKA PENYEBAB JERAWAT
TIPS PEMAKAIAN LIPSTICK NATUREL KISS
NON-TOXIC LIP MOISTURIZER DARI NATUREL KISS
NATUREL KISS ROSE UV SUNSCREEN
(NEW CASING) EXCLUSIVE TWO-WAY CAKE NATUREL KISS
(COVID-19 SKINCARE) PAKAI PELITUP MUKA PENYEBAB JERAWAT
RESEARCH ASSOCIATION OF NK-AGE REVERSE CLEANSER
HOW NK-AGE REVERSE CLEANSER WORKS ON THE SKIN
NK-AGE REVERSE CLEANSER
TEKNOLOGI MICELLAR
Kosmetik Bebas Toksik
Matlamat dan Perjuangan Dalam Bidang Kosmetik
PUNCA UTAMA PENUAAN KULIT
Naturel Kiss Bersama TV- Alhijrah
SUNSCREEN
Makeup Remover Lotion
HAND & BODY LOTION
Naturel Kiss Wonder Blusher
AnNur (cassia alata)
TWO-WAY CAKE
Naturel Kiss ACNE SERUM.
NON-TOXIC LIPSTICKS
MICELLAR CLEANSER
The goodness of Natural Kiss Micellar ENERGY WATER MIST