Kosmetik Bebas Toksik

Kosmetik digunakan secara meluas oleh para wanita dari segenap lapisan masyarakat. Sejarah menunjukkan bahawa kosmetik telah digunakan oleh wanita-wanita terulung sejak zaman berzaman. Sebagai contoh, kegunaan gincu telah bermula sejak dari zaman Greek purba, zaman Mesir kuno sehinggalah sekarang. Pewarna yang digunakan dalam pembuatan kosmetik merupakan komposisi yang penting dan telah menjadi faktor pelaris utama kosmetik. Pada awal abad ke-19, kebanyakan kosmetik diperbuat dengan menggunakan pewarna karmain (carmine) iaitu sejenis warna merah di Amerika Syarikat. Karmain (Carmine) adalah sejenis serangga natif di Mexico dan Amerika Tengah. Namun pewarna yang diekstrak daripada serangga ini adalah sangat mahal yang tidak mampu dimiliki oleh kebanyakan wanita. Oleh itu, sebuah syarikat kosmetik telah menghasilkan pewarna merah sintetik untuk digunakan dalam penghasilan. Kini, pewarna sintetik FD&C (disahkan oleh FDA yang boleh digunakan dalam makanan, ubat-ubatan dan kosmetik), D&C (disahkan oleh FDA yang selamat digunakan dalam ubat-ubatan dan kosmetik) dan pewarna yang tidak larut dalam air (lakes) adalah jenis-jenis pewarna yang paling digunakan dalam pembuatan kosmetik.

Jane Hersley, pengarah kepada Persatuan Feingold Amerika menyatakan bahawa warna tiruan dan bahan kimia sintetik boleh memberi kesan kepada manusia sama ada melalui pemakanan, pernafasan atau dengan pendedahan kepada kulit. Kebanyakan kosmetik dihasilkan dengan menggunakan pelbagai bahan sintetik dan bahan kimia yang toksik, yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan kepada manusia. Sesetengah bahan kimia yang tersembunyi seperti metil paraben dan propil paraben yang digunakan sebagai pengawet dalam kosmetik telah dilarang di Eropah kerana kedua-dua bahan kimia tersebut adalah bersifat karsinogenik dan estrogenic iaitu merbahaya jika digunakan secara berterusan. Terdapat produk-produk kosmetik di pasaran yang didapati mengandungi logam berat seperti plumbum (Pb) dan merkuri yang akan diserap melalui kulit secara mudah.

Pendedahan terhadap plumbum, atau merkuri atau bahan-bahan bertoksik lain yang terlalu banyak akan menjejaskan sistem badan terutamanya sistem-sistem saraf dan pembiakan. Menurut laporan Food and Drug Administration (FDA) terdapat lebih daripada 400 jenis gincu didapati mengandungi plumbum di pasaran. Di Malaysia, banyak produk jenama tempatan didapati mengandungi kandungan merkuri tinggi dan terpaksa ditarik dari pasaran. Perkara ini telah menyebabkan kebimbangan yang serius di kalangan pengguna yang prihatin dengan kesihatan mereka, terutamanya apabila kosmetik digunakan secara berterusan setiap hari. Menyedari mengenai perkara tersebut, Dr Siti Hamidah dan kumpulan penyelidikannya telah berusaha untuk menjalankan kajian selama lebih lima tahun dalam menghasilkan produk-produk kosmetik dan penjagaan diri yang berkualiti dan semulajadi berasaskan dari tumbuh-tumbuhan.

Talk bersama Dr Siti Hamidah
Bersama Pengasas Naturel Kiss di Webinar Pemerkasaan Wanita Negeri Johor 2021
FB LIVE BERSAMA PENGGUNA SETIA NK AGE-REVERSE CLEANSER
6 BUAH-BUAHAN YANG MEMBERI KEBAIKAN KEPADA KULIT WAJAH
5 LANGKAH MEMBINA ASAS PENJAGAAN KULIT
KENAPA SKIN CARE NK DALAM BENTUK CECAIR (LIQUID), BUKAN KRIM?
CARA MENGGUNAKAN NK-AGE REVERSE CLEANSER
BASIC ANTI-AGING COMBO
SEMUA PRODUK CLAIM BOLEH HILANGKAN JERAGAT. BAGAIMANA PILIH YANG TERBAIK?
Tahukah anda mengapa bedak kami dipanggil sebagai Two-Way Cake?🧐
APA ITU NON TOXIC LIPSTIK?
KEPENTINGAN SUNSCREEN, AWAS! SINARAN UV TERHADAP KULIT
KEBAIKKAN MENGGUNAKAN LIP SCRUB NATUREL KISS
(COVID-19 SKINCARE) PAKAI PELITUP MUKA PENYEBAB JERAWAT
TIPS PEMAKAIAN LIPSTICK NATUREL KISS
NON-TOXIC LIP MOISTURIZER DARI NATUREL KISS
NATUREL KISS ROSE UV SUNSCREEN
(NEW CASING) EXCLUSIVE TWO-WAY CAKE NATUREL KISS
(COVID-19 SKINCARE) PAKAI PELITUP MUKA PENYEBAB JERAWAT
RESEARCH ASSOCIATION OF NK-AGE REVERSE CLEANSER
HOW NK-AGE REVERSE CLEANSER WORKS ON THE SKIN
NK-AGE REVERSE CLEANSER
TEKNOLOGI MICELLAR
Matlamat dan Perjuangan Dalam Bidang Kosmetik
PUNCA UTAMA PENUAAN KULIT
Naturel Kiss Bersama TV- Alhijrah
SUNSCREEN
Makeup Remover Lotion
HAND & BODY LOTION
Naturel Kiss Wonder Blusher
AnNur (cassia alata)
TWO-WAY CAKE
Naturel Kiss ACNE SERUM.
NON-TOXIC LIPSTICKS
MICELLAR CLEANSER
The goodness of Natural Kiss Micellar ENERGY WATER MIST