Matlamat dan Perjuangan Dalam Bidang Kosmetik

Dengan ketekunannya menimba ilmu, Profesor Madya Dr. Siti Hamidah binti Mohd. Setapar telah berjaya memperolehiPhD pada umurnya 30 tahun meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran. Pensyarah dan penyelidik Fakulti Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru merupakan seorang yang sangat komited terhadap apa yang dilakukannya, dan sentiasa mencari peluang untuk menambah ilmu. “Untuk berjaya, kita perlu sentiasa menganggap diri adalah gelas kosong, bermaksud kita ingin belajar dari sesiapa sahaja bagi meningkatkan ilmu dan pengalaman. Sekiranya kita rasa diri adalah ‘gelas yang sudah penuh’, maka ia akan merugikan diri sendiri kerana ilmu yang dapat dipelajari adalah terhad. Seolah-olah gelas yang sudah penuh, pastinya tidak banyak boleh

ditambah air ke dalamnya” demikian antara katakata yang sering beliau utarakan kepada pelajarpelajar yang meminta nasihat atau tips untuk menjadi seorang yang berjaya. “Di mana berada, kita perlu ikhlas dan jujur melakukan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Lakukan setiap kerja dengan bersungguh-sungguh, dan berusaha untuk menjadi seorang yang kreatif dan berfikiran luas agar kita dapat memberi nilai tambah kepada kualiti kerja kita,” beliau menyatakan kerisauan dengan sikap generasi kini yang kadang-kadang agak ‘berkira’ dalam melakukan kerja jika dirasakan tidak mendapat sebarang pulangan. “Waktu muda lah, perlu bekerja kuat dan menyerap sebanyak mungkin pengalaman. Jangan hanya melakukan kerja apabila disuruh. Cuba untuk membantu orang lain walaupun ia bukan skop kerja kita.

   MENGHORMATI ORANG TUA   

Dr. Siti Hamidah merupakan anak sulung daripada enam orang adik beradik. “Ibu bapa saya amat mementingkan pelajaran dan pendidikan agama. Saya dididik dengan disiplin yang ketat. Tidak boleh keluar malam, solat berjemaah, mengaji, menutup aurat, bersalam dan menghormati orang yang lebih tua, jangan membazir dan jangan berkira untuk menolong orang,” katanya sambal menambah bahawa didikan ibubapanya menjadi asas kekuatan diri dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran sebagai seorang isteri, ibu, pekerja di UTM, ketua di syarikatnya dan sebagai usahawan.

“Walaupun Emak dan Abah tidak berpelajaran tinggi, tapi cara mereka amat mementingkan pelajaran lebih dari segala-galanya. Malahan kami diajar berdikari sejak kecil. Saya membesar dengan ‘mindset’ untuk mengubah nasib keluarga dan membalas jasa mereka. Sejak kecil saya suka berniaga di sekolah. Emak akan menyokong saya dengan menyiapkan buah-buahan, gula-gula atau apa yang boleh dijual.”

“Sedikit demi sedikit, minat untuk berniaga semakin kuat di hati, namun pelajaran tak pernah saya abaikan. Selain berniaga, saya juga akan membuat kerja sambilan ketika cuti panjang atau cuti semester di universiti. Memang sikap saya tidak pandai duduk diam tanpa melakukan apa- apa kerja.” Walaupun berjiwa keusahawanan, namun sejak memulakan pengajian PhD di Loughborough University, United kingdom, Dr. Siti menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajiannya. Beliau yang melahirkan anak sulungnya dalam tempoh menjalani PhD, tidak lagi sempat untuk berniaga. Tumpuannya hanya satu iaitu untuk balik ke Malaysia bertemankan segulung ijazah PhD.

  MEMENANGI GERAN SUPERB TERAJU    

Selepas tamat pengajiannya dalam bidang Separation Processes (Micellar Nanotechnology), beliau kembali ke Malaysia dan memulakan kajian dalam bidang pengkestrakan warna. “Saya dapati warna yang didapati dari Roselle mempunyai nilai yang amat tinggi. Justeru saya mencuba memformulasikan produk pelembab bibir menggunakan pewarna ini.”

“Alhamdulillah, pelembab bibir yang terhasil adalah amat bagus dan berkesan. Beberapa orang rakan yang mengalami masalah bibir kering, kehitaman dan kusam telah dapat mengatasi masalah mereka dalam tempoh  beberapa  hari sahaja. Walaupun terlalu banyak produk pelembab bibir di pasaran, yang sebahagiannya amat murah, tapi kebanyakkannya diperbuat daripada bahan petroleum.” Kejayaan itu telah mendorong Dr. Siti untuk memohon geran perniagaan, dan beliau telah berjaya memenangi Superb Teraju yang bernilai RM 500,000 untuk membina perniagaan dan memasarkan lebih banyak produk yang berkualiti dan selamat.

  MELEBARKAN SAYAP PERNIAGAAN    

Kini, setelah dua tahun Naturel Kiss® di pasaran, ia telah mengembangkan sayap ke seluruh negara dan bersedia untuk menembusi pasaran antarabangsa. “Dunia perniagaan bukan mudah. Kita perlukan sebab yang lebih daripada mengejar duit atau keuntungan semata-mata. Sebab utama saya berkecimpung dalam perniagaan kosmetik ini adalah kerana ingin membantu semua wanita agar dapat menggunakan produk yang lebih berkualiti, berkesan dan selamat.”

“Kini kosmetik dipakai oleh anak-anak awal remaja. Jika tidak dijaga, kulit mereka akan mudah rosak kerana terdedah dengan kosmetik yang berkualiti rendah atau bertoksik. Apabila kulit telah rosak, lebih sukar untuk memperbaiki. Oleh sebab itu Naturel Kiss memperkenalkan rangkaian Annur yang sesuai untuk kulit remaja.”

  MISI PRODUK SELAMAT  

Dr. Siti menegaskan bahawa ibubapa perlu membimbing anak-anak remaja agarmmenggunakan produk yang selamat dan berkualiti, dan jangan biarkan anak-anak terpengaruh dengan iklan-iklan pemasaran kerana tidak semuanya bertanggungjawab. Beliau yang telah menulis lebih 60 artikel jurnal antarabangsa, dan telah memenangi lebih 50 anugerah inovasi menjadikan misi syarikat SHE Empire Sdn Bhd. untuk menghasilkan lebih banyak produk yang berkualiti dan memberi pendedahan mengenai kosmetik selamat kepada semua pengguna.

 

“Sokongan yang saya terima dari ramai pihak telah memberi suntikan semangat untuk terus memperjuangkan kosmetik lebih berkualiti dan selamat untuk semua rakyat Malaysia khasnya. Saya amat berterima kasih dan berazam untuk terus bekerja-keras untuk menaikkan nama Naturel Kiss seterusnya mengharumkan nama universiti dan negara,” ujarnya dengan penuh nada yang penuh bermakna.

Talk bersama Dr Siti Hamidah
Bersama Pengasas Naturel Kiss di Webinar Pemerkasaan Wanita Negeri Johor 2021
FB LIVE BERSAMA PENGGUNA SETIA NK AGE-REVERSE CLEANSER
6 BUAH-BUAHAN YANG MEMBERI KEBAIKAN KEPADA KULIT WAJAH
5 LANGKAH MEMBINA ASAS PENJAGAAN KULIT
KENAPA SKIN CARE NK DALAM BENTUK CECAIR (LIQUID), BUKAN KRIM?
CARA MENGGUNAKAN NK-AGE REVERSE CLEANSER
BASIC ANTI-AGING COMBO
SEMUA PRODUK CLAIM BOLEH HILANGKAN JERAGAT. BAGAIMANA PILIH YANG TERBAIK?
Tahukah anda mengapa bedak kami dipanggil sebagai Two-Way Cake?🧐
APA ITU NON TOXIC LIPSTIK?
KEPENTINGAN SUNSCREEN, AWAS! SINARAN UV TERHADAP KULIT
KEBAIKKAN MENGGUNAKAN LIP SCRUB NATUREL KISS
(COVID-19 SKINCARE) PAKAI PELITUP MUKA PENYEBAB JERAWAT
TIPS PEMAKAIAN LIPSTICK NATUREL KISS
NON-TOXIC LIP MOISTURIZER DARI NATUREL KISS
NATUREL KISS ROSE UV SUNSCREEN
(NEW CASING) EXCLUSIVE TWO-WAY CAKE NATUREL KISS
(COVID-19 SKINCARE) PAKAI PELITUP MUKA PENYEBAB JERAWAT
RESEARCH ASSOCIATION OF NK-AGE REVERSE CLEANSER
HOW NK-AGE REVERSE CLEANSER WORKS ON THE SKIN
NK-AGE REVERSE CLEANSER
TEKNOLOGI MICELLAR
Kosmetik Bebas Toksik
PUNCA UTAMA PENUAAN KULIT
Naturel Kiss Bersama TV- Alhijrah
SUNSCREEN
Makeup Remover Lotion
HAND & BODY LOTION
Naturel Kiss Wonder Blusher
AnNur (cassia alata)
TWO-WAY CAKE
Naturel Kiss ACNE SERUM.
NON-TOXIC LIPSTICKS
MICELLAR CLEANSER
The goodness of Natural Kiss Micellar ENERGY WATER MIST